hoBBy+CouRsE—> 2 in 1

Skrg ni ak menceburi dalam bidang Kultur ikan hiasan plak..hehe Sbg hobi+subjek elektif.. teruja sangat nk bela ikan2 ni + hias aquarium… mula2 nk bela ikan cichlid tp tiba2 je induk mati plak… susah nk cari ikan kat kuala terengganu ni..x banyak pilihan.. akhirnya dapat juga spesies ikan….

Aku pilih glass bloodfin tetra… tau x cmne ikan ni????? mcm ikan bilis je ikan ni tapi cantik jugak la…ekor dia kaler merah cam darah…nak tengok gambar ikan ni???

Bloodfin Glass Tetra

Bloodfin Glass Tetra

cmne? cantik x?.. nama saintifik ikan ni Prionobrama filigera. ikan ni omnivorous..makan tumbuhan+hidupan hidup.. suka hidup berkumpulan.. suhu yang sesuai untuk hidup 26*C-28*C.. hope sangat dapat breed ikan ni…

untuk subjek kultur ikan hiasan n sebagai hobi aku jugak ni, aku kena la wat aquascaping sikit dalam aquarium tu..kena hias2 la..cam rumah kita,kena la cantiksikit..baru la ikan hidup happy..hehe

ni la hasil titik peluh aku dgn bantuan kwn2 utk hias aquarium ni.. xla cantik sangat tapi ak puas hati…

1st set up

1st set up

masukkan air dalam aquarium ku..

masukkan air dalam aquarium ku..

2nd setup

2nd setup

Last set up

Last set up

right side of the aquarium

right side of the aquarium

center part of the aquarium

center part of the aquarium

left side of the aquarium

left side of the aquarium

skarang ni da masukkan ikan tapi light intensity kurang…kna cari jalan utk cari extension n pasang lampu kat aquarium aku ni..harap2 hatcheri ad extension wire yang panjang..bole pinjam..

hehe ni plak gambar aquarium kawan aku?cmne ok x?dia bela cichlid–adik beradik ikan tilapia..

Akuarium AC@bichir

Akuarium AC@bichir

Aquarim AC#2

Aquarim AC#2

Cantik x ikan dia? ^^^tilapia biru^^^

Cantik x ikan dia? ^^^tilapia biru^^^

—credit to AC—

I’m back to blog…

Indonesian Band

Indonesian Band

Goyang Duyu by Project Pop

Jika hatimu terluka karena sesuatu
Jika kau mencari cara tuk obati dirimu
Marilah kawanku, marilah bersamaku
Biarkanlah laguku coba menghibur dirimu
Cobalah dicoba
Namanya goyang acak
Goyang paling kocak
Dan bisa bikin ngakak
Please jangan ditolak
Ikutlah bergerak
Tunggu musiknya
Tunggu musiknya

Ayo goyang duyu
Bebaskanlah hatimu
Ayo goyang duyu
Simpan saja gengsimu
Asyik… Asyik…
Angkat jempolnya asyik
Asyik… Asyik…
Angkat jempolnya asyik

Jika hatimu terluka dan membuatmu lesu
Jika kau mencari cara tuk obati dirimu
Marilah kawanku, bangkitlah semangatmu
Biarkan laguku coba menghibur dirimu
Lupakan sedihmu
Sakit hatimu
Jangan siksa dirimu
Tersenyumlah
Hapuslah sesalmu
Air matamu
Hiburkan hatimu
Goyang bersamaku

Ayo goyang duyu
Bebaskanlah hatimu
Ayo goyang duyu
Simpan saja gengsimu
Ayo goyang duyu
Uu Uu Uuh…
Ayo goyang duyu
Uu Uu Uuh…

Dari tua dan yang muda
Laki-laki perempuan
Ayo semua jangan ditahan

Ayo goyang duyu
Bebaskanlah hatimu
Ayo goyang duyu
Simpan saja gengsimu
Ayo goyang duyu
Uu Uu Uuh…
Ayo goyang duyu
Uu Uu Uuh…

Asyik… Asyik…
Angkat jempolnya asyik
Asyik… Asyik…
Angkat jempolnya asyik
Asyik… Asyik…
Angkat jempolnya asyik
Asyik…

tiba2 rasa nak aktif balik tulis blog ni..

bole isi masa lapang n release tension… lagu ni lagu terlatest yang aku suka..

kawan2 lain pon enjoy tgk video clip lagu ni…

to kawan2 esp asma n ac…

ayuh goyang guyu….. :)

4 Jenis Manusia Dalam Dunia


1. Mereka yang tidak ada lidah dan tidak ada hati.

Mereka ini ialah orang-orang yang bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka. Mereka ini ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi dengan kasih sayang Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan angota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah.

Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam golongan mereka. Janganlah kamu layan mereka dan janganlah kamu bergaul dengan mereka. Merekalah orang-orang yang dimurkai Allah dan penghuni neraka. Kita minta dilindungi Allah dari pengaruh mereka. Sebaliknya kamu hendaklah cuba menjadikan diri kamu sebagai orang yang dilengkapi dengan Ilmu Ketuhanan, Guru kepada yang baik,Pembimbing kepada agama Allah,Penyampai dan pengajak kepada manusia kepada jalan Allah.Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka supaya mereka patuh kepada Allah dan beri amaran kepada mereka terhadap apa-apa yang memusuhi Allah. Jika kamu berjuang di jalan Allah untuk mengajak mereka menuju Allah, maka kamu akan jadi pejuang dan pahlawan di jalan Allah dan akan diberi ganjaran seperti yang diberi kepada Nabi-nabi dan Rasul.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda kepada Sayyidina Ali; “Jika Allah membimbing seseorang melalui bimbingan kamu kepadaNya, maka itu terlebih baik kepada kamu dari apa-apa sahaja di mana matahari terbit”.

2. Mereka yang ada lidah tetapi tidak ada hati.

Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya. Mereka mengajak manusia menuju Allah tetepi mereka sendiri lari dari Allah.Mereka benci kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi mereka sendiri bergelumbang dalam maksiat itu.Mereka menunjuk kepada orang lain yang mereka itu Soleh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa yang besar. Bila mereka bersendirian, mereka bertindak selaku harimau yang berpakaian. Inilah orang yang dikatakan kepada Nabi SAW. dengan sabda;

“Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah orang alim yang jahat”.

Kita berlindung dengan Allah daripada orang alim seperti itu. Oleh itu,larilah dan jauhkan diri kamu dari orang-orang seperti itu. Jika tidak,kamu akan terpengaruh oleh kata-kata manis yang bijak berbicara itu dan api dosanya itu akan membakari kamu dan kekotoran hatinya akan membunuh kamu.

3. Mereka yang mempunyai hati tetapi tidak ada lidah.

Dia adalah seorang yang beriman.Allah telah mendindingkan mereka daripada makhluk dan menggantungkan di keliling mereka dengan tabirNya dan memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera diri mereka. Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri urusan orang ramai dan kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerana bercakap banyak.

Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam “DIAM” dan bekhalwat. Nabi SAW. pernah bersabda;

“Barangsiapa yang diam akan mencapai keselamatan”.

Sabda baginda lagi;

“Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari sepuluh bahagian, sembilan darinya terletak dalam diam”.

Oleh itu mereka dalam golongan jenis ini adalah Wali Allah dalam rahsiaNya, dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan diberkati dengan keredhoan dan segala yang baik akan diberikan kepada mereka.

Oleh itu, kamu hendaklah berkawan dengan mereka dan bergaul dengan orang-orang ini dan diberi pertolongan kepada mereka. Jika kamu berbuat demikian, kamu akan dikasihi Allah dan kamu akan dipilih dan dimasukkan dalam golongan mereka yang menjadi Wali Allah dan hamba-hambanya yang Soleh.

4.Mereka yang diajak ke dunia tidak nampak(Alam Ghaib), diberi pakaian kemuliaan seperti dalam sabda Nabi SAW;

‘Barangsiapa yang belajar dan mengamalkan pelajarannya dan mengajarkan orang yang lain, maka akan diajak ke dunia ghaib dan permuliakan”.

Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu Ketuhanan dan tanda-tanda Allah. Hati mereka menjadi gedung ilmu Allah yang amat berharga dan orang itu akan diberi Allah rahsia-rahsia yang tidak diberi kepada orang lain. Allah telah memilih mereka dan membawa mereka hampir hampir kepadaNya. Allah akan membimbing mereka dan membawa mereka ke sisiNya. Hati mereka akan dilapangkan untuk menerima rahsia-rahsia ini dan ilmu-ilmu yang tinggi. Allah jadikan mereka itu pelaku dan lakuanNya dan pengajak manusia kepada jalan Allah dan melarang membuat dosa dan maksiat. Jadilah mereka itu “Orang-orang Allah”. Mereka mendapat bimbingan yang benar dan yang mengesahkan kebenaran orang lain.

Mereka ibarat timbalan Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah. Mereka sentoasa mendapat taufiq dan hidayah dari Allah Yang Maha Agung. Orang yang dalam golongan ini adalah pada peringkat terakhir atau puncak kemanusian dan tidak ada Maqam di atas ini kecuali Kenabian.

Oleh itu hati-hatilah kamu supaya jangan memusuhi dan membantah orang-orang seperti ini dan dengarlah cakap atau nasihat mereka. Oleh itu, keselamatan terletak dalam apa yang dicakapkan oleh mereka dan dalam berdamping dengan mereka, kecuali mereka yang Allah beri kuasa dan pertolongan terhadap hak dan keampunanNya.

Sheikh Abdul Qadir Al-Jailan telah bahagikan manusia itu kepada empat golongan. Sekarang terpulanglah kepada diri kita untuk memeriksa diri sendiri jika kita mempunyai fikiran. Dan selamatkanlah diri kita jika ingin keselamatan. Mudah-mudahan Allah membimbing kita menuju kepada apa yang dikasihiNya dan diredhaiNya, dalam dunia ini dan di akhirat kelak.

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan al-Mubarak…

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN       

Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya :

      

1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

  "Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."

Hadis riwayath  Bukhari, Muslim& Nasaaei.

      

2. Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

  "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."

Hadith riwayat oleh Nasai’e, Ibn Majah dan Baihaqi

      

3. Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya :

  "Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya  dosanya yang telah lalu."

Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai’e dan Baihaqi

      

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan
penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya
merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu
Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga
golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian
(dilanggar).

Telah berkata Abu Hurairah : Maka
aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah!
adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan
meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka
engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian
engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau,
manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah."

Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi

5. Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah
berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan
Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka
apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri
isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.

Sekiranya
dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku
berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya
maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari
qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan
yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira
dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan
puasanya. "

Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim.

Puasa70